WAKTU

 KALENDAR ISLAM

ASMA' UL HUSNA

LAMAN INI BUKANLAH LAMAN WEBSITE RASMI. IANYA BERTUJUAN UNTUK MELENGKAPKAN SUBJEK PENGURUSAN FATWA ( LCA 4073 )

INFORMASI

PERKHIDMATAN ONLINE

PAUTAN

JABATAN MUFTI

LATAR BELAKANG JAWATANKUASA FATWA
  1. Fatwa penting dalam sejarah perundangan Islam. Fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan hujah dan dalil syarak, iaitu dengan menggunakan kekuatan Istinbat. Sekiranya sesuatu fatwa dikeluarkan menurut hawa nafsu atau akal fikiran semata-mata atau bertentangan dengan dalil syarak, ia bukanlah fatwa dalam erti kata yang sebenar. Ini menunjukkan proses mengeluarkan fatwa adalah sesuatu yang rumit dan perlu mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
  2. Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan ialah bertindak menjalankan kajian dan penyelidikan ke atas isu-isu yang ditimbulkan. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa mengenai permasalahan agama yang diajukan, sama ada berkaitan akidah, ibadah, muamalat dan lain-lain oleh kerajaan, pertubuhan atau orang perseorangan.
  3. Jawatankuasa ini akan membincangkan sesuatu isu itu dengan melihatnya dari pelbagai sudut. Jawatankuasa ini juga akan memberi nasihat kepada pihak-pihak tertentu apabila isu yang timbul mempunyai kaitan dengan agama Islam dan umat Islam.
  4. JFK7TLC4 memainkan peranan penting dalam bertindak sebagai sebuah agensi yang menyelaras dan membangunkan fatwa yang mantap, demi memastikan kesyumulan Islam . Di samping itu, bahagian ini perlu menyiarkan jawapan kepada soalan-soalan fatwa yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa, sama ada dalam bentuk tulisan, hebahan mahupun siaran.
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola